Senin, 26 Juli 2010

7 golongan manusia yang dinaungi Allah dan 7 hal yang dibenci Allah




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ اِلاَّظِلُّهُ: اِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ اِذَاخَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُوْدَ اِلَيْهِ وَرَجُلاَنِ تَحَاباَّ فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَافْتَرَقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ فِى خَلْوَةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ اِلَى نَفْسِهَا فَقَالَ اِنِّى أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ.

"Golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat, yaitu hari yang tidak ada satu naungan padanya selain daripada naungan Allah, di antaranya ialah:

1. Pemerintah (pemimpin) yang adil.

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Rab-nya.

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

5. Orang yang dibujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”,

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.

7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah )

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw beliau berkata:

Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang membinasakan." Para sahabat bertanya:

"Apa tujuh perkara itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab:

 1."Menyekutukan Alloh SWT,

2.sihir,

3.membunuh jiwa yang diharamkan Alloh SWT kecuali dengan haknya,

4.memakan harta riba,

5. memakan harta anak yatim

6. lari dari medan pertempuran saat perang sedang berkecamuk.

7. Menuduh berzina terhadap wanita baik-baik yang mukmin yang tidak terlintas dalam pikirannya untuk berbuat keji

(HR.Bukhari 2560, Muslim 129, An Nasai 3611, Abu Daud 2490

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan tinggalkan komentar anda di sini